Sunday, July 23, 2017

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA SERTA MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PUD JOHOR TENGAH



Majlis Jamuan hari raya dan Majlis persaraan Kakitangan Pejabat Ukur Johor Tengah tahun 2017



Nota : Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima Kasih



















Wednesday, July 19, 2017

Sesi Pra Audit Eksa Jupem Johor


Sukacita dimaklumkan bahawa juruaudit (Champion EKSA) dari Jabatan Penjara Negeri Johor akan menjalankan audit bagi tujuan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JUPEM Johor (Zon Pulau Dayang, Zon Pulau Aur & Zon Pulau Rawa) serta Pejabat Ukur Daerah Johor Tengah (Zon Pulau Lang) pada 24 hingga 25 Julai 2017.


Sehubungan itu, semua ahli Jawatankuasa  Zon Pulau Lang serta warga Kerja Zon Pulau Lang diminta untuk membuat persiapan bagi tujuan sesi pengauditan tersebut mengikut tarikh, tempat dan masa sepertimana yang dikembarkan.




Monday, July 10, 2017

Poster Perkongsian EKSA JUPEM Johor Siri 7/2017



Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 di bawah perkara 7 serta saranan YAB Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis Kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti, KeTTHA telah menyediakan garis panduan yang perlu diamalkan oleh semua warga penjawat awam dalam menyokong usaha penjimat tersebut. Para 3.2 - Penghawa Dingin di dalam Panduan Kecekapan Penggunaan Tenaga di Pejabat telah mengariskan:
  • Padamkan sistem split unit (jika meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2 jam)
  • Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan
  • Kurangkan waktu operasi sistem
  • Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 24-25 darjah celcius; 
  • Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi daripada sihi sekitar pejabat; dan 
  • Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembap dengan memeriksa punca berlakunya kebocoran udara luar dan guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan. 
Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan tersebut bagi menjimatkan tenaga elektrik dan kos utiliti di Pejabat kita!

Saturday, July 1, 2017

Keputusan Audit Dalaman Bil.3/2017


Nota : Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima Kasih.


Tahniah kepada semua ahli Zon Pulau Lang kerana berjaya mengekalkan prestasi yang terbaik. Terima kasih di atas segala komitmen & kerjasama yang telah diberikan.